Surprise Me!

Bukan Intimidasi | Sila pulangkan telefon Rafizi - Anwar

2022-09-22 0 Dailymotion

Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memberi respon dan penafian terhadap kenyataanya berhubung tindakan polis terhadap timbalanya Rafizi Ramli yang dilihat sebagai satu bentuk intimidasi.

Bagaimanapun kata Anwar, seandainya ia bukan intimidasi, PDRM seharusnya memulangkan telefon bimbit Rafizi selain siasatan seharusnya dijalankan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.